Friday 18 November 2011

Bentuk Tulisan awal Melayu Morden siri 3

Tulisan awal Melayu Kuno ..........
 Caslon-schriftmusterblatt.jpeg
Huruf Rumi/Latin
Abjad Rumi

Abjad Rumi, juga dipanggil abjad Latin, merupakan sistem tulisan abjad yang paling meluas digunakan di dunia hari ini. Rumi berasal dari perkataan dalam bahasa Arab, Rumiyah (رومية) yang bermaksud empayar Rom, huruf latin dipanggil abjad rumi kerana ianya digunakan oleh empayar Rom pada ketika itu. Abjad Rumi asas mengandungi 26 huruf[1], iaitu dari A hingga Z. Ia digunakan, dengan sedikit pengubahsuaian, untuk hampir semua bahasa Eropah (kecuali beberapa negara Eropah Timur), Amerika, Afrika sub-Sahara dan Kepulauan Pasifik.
Setiap konsonan dalam Rumi, disebut seperti konsonan latin. Pada kurun ke-17, dibawah pengaruh empayar Belanda dan British semasa penjajahan dan pencerobohan yang dilakukan oleh mereka, sebutan dalam rumi telah diambil alih daripada bahasa Arab ke Latin.
 
Abjad Rumi Klasik
Huruf A B C D E F G H
Nama ā ē ef
Sebutan (IPA) /aː/ /beː/ /keː/ /deː/ /eː/ /ef/ /geː/ /haː/
 
Huruf I K L M N O P Q
Nama ī el em en ō
Sebutan (IPA) /iː/ /kaː/ /el/ /em/ /en/ /oː/ /peː/ /kʷuː/
 
Huruf R S T V X Y Z  
Nama er es ū ex ī Graeca zēta
Sebutan (IPA) /er/ /es/ /teː/ /uː/ /eks/ /iː ˈgraika/ /ˈzeːta/         

Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.
Hikayat Abdullah bertulisan jawi

Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi (1796-1854) dianggap sebagai 'Bapa Sastera Melayu Moden'.
Abdullah Munsyi dilahirkan di Melaka pada Ogos 1796 dan meninggal dunia di Mekah pada 1854. Abdullah Munshi telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui karya kesusasteraan malahan juga ia menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu.
Baginya, nahu sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus peratus masalah bahasa. Hal ini lebih nyata lagi apabila nahu sesuatu bahasa dikaji oleh orang asing yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu dan tujuan membuat kajian tersebut bukanlah berdasarkan kajian ilmiah melainkan kerana kepentingan tertentu.
Beliau melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke dalam bahasa Melayu.

Karyanya

Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan

Untuk rencana lanjutan, lihat Akta Bahasa Kebangsaan
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Tokoh tokoh

Untuk rencana lanjutan, lihat Tokoh bahasa Melayu
Antara tokoh Bahasa Melayu Moden yang terkenal ialah

No comments:

Post a Comment