Thursday 17 November 2011

Bentuk Tulisan awal Melayu Kelasik siri 2

Tulisan awal Melayu Kuno ..........

Tulisan Jawi 


Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam di Tanah Melayu.
Tulisan Jawi (توليسن جاوي) adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Sejarah سجاره

Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.
Tulisan Jawi di gunakan hanya selepas kedatangan Islam ke Nusantara. Tulisan terawal yang digunakan di Nusantara adalah tulisan Pallava Grantha yang berasal dari India selatan. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.
Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

Abjad

Berikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi.[1]
Nama Bentuk huruf Padanan Rumi
Tunggal Awal kata Tengah kata Akhir kata
alif a
ba ـﺒ ـﺐ b
ta ـﺘ ـﺖ t
sa ـﺜ ـﺚ s, (th)
jim ـﺠ ـﺞ j
ha ـﺤ ـﺢ h, (ḥ)
ca ـﭽ ـﭻ c
kha ـﺨ ـﺦ kh
dal د ـد d
zal ـذ z, (dh)
ra ـر r
zai ـز z
sin ـﺴ ـﺲ s
syin ـﺸ ـﺶ sy
sad ـﺼ ـﺺ s, (ṣ)
dad ﺿ ـﻀ ـﺾ d, (ḍ)
ta ـﻄ ـﻂ t, (ṭ)
za ـﻈ ـﻆ z, (ẓ)
ain ـﻌـ ـﻊ awal: a, i, u; akhir: k, (‘)
ghain ـﻐـ ـﻎ gh
nga ڠ ڠـ ـڠـ ـڠ ng
fa ـﻔ ـﻒ f
pa ـﭭ ـﭫ p
qaf ـﻘ ـﻖ k, q, (q)
kaf ک ـﻜ ـک k
ga ݢـ ـݢــ ــݢ ݢ g
lam ـﻠ ـﻞ l
mim ـﻤ ـﻢ m
nun ـﻨ n
wau ـو w, u, o
va ۏ ـۏ v
ha ـﻬ h
ya ـﻴـ y, i, e taling
ye ى ـى e pepet hujung
nya ڽ پـ ـپـ ـڽ ny
hamzah ء ء awal: gugur; akhir: k, (’)
ta marbutah ة ـة t, h, (ṯ)
Catatan:
  1. Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang unik dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab.
  2. Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliterasi.
  3. Huruf ۏ diperkenalkan pada tahun 1983 untuk mewakili huruf v.
  4. Huruf ء imbuhan, iaitu hamzah yang berada 3/4 dari garis asas diperkenalkan pada tahun 1983. Ia digunakan pada perkataan berimbuhan seperti کبڠساءن . Namun, tiada fon dewasa ini yang mempunyai kemampuan untuk memaparkan huruf ء pada kedudukan yang betul. Kebanyakan pengguna menggunakan kaedah superskrip untuk mengubah kedudukan ء .


1347 - 1375  Minangkabau_royal_seal.jpg‎ 







No comments:

Post a Comment