Friday 13 July 2012

‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ 1


Syarat-syarat membuka kedai 1 Malaysia




DEFINISI

Konsep KR1M adalah untuk menjual barangan keperluan pada harga sehingga 50% lebih rendah berbanding barang sama yang berjenama,
namun kualiti tetap diutamakan.

Tanda niaga‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ serta jenama produk‘1 Malaysia Kedai Rakyat’ telah didaftarkan sebagai hak milik Kerajaan.

SYARAT PENYERTAAN

Mana-mana syarikat / koperasi / individu yang ingin menjalankan operasi KR1M adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:

Pendaftaran Perniagaan
Perniagaan perlu didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Pemilikan Perniagaan
- Syarikat / Koperasi / Enterpris adalah 100% ekuiti / saham /milik warga negara Malaysia.

Modal
Keperluan modal minima adalah dalam bentuk tunai atau  bank guarantee atau debentur atau lain-lain instrumen kewangan seperti berikut:



Saiz Premis
(kaki persegi)
Modal
(RM)
1,500
460,000
3,500
650,000



Penentuan Lokasi
Penentuan lokasi serta keluasan premis KR1M akan dimuktamadkan oleh Kerajaan.

SYARAT OPERASI

1. Pengusaha bertanggungjawab sepenuhnya ke atas operasi perniagaan termasuk menanggung segala kos/caj berkaitan pengendalian KR1M
seperti bayaran utiliti, cukai, lesen, gaji pekerja, sewa kedai dan lain-lain.
2. Perlu menjual kesemua produk 1Malaysia Kedai Rakyat pada setiap masa beserta dengan barang keperluan harian yang ditetapkan.
3. Harga jualan produk di KR1M mengikut harga yang ditetapkan.
4. Menggunakan sistem Point Of Sale (POS) yang ditetapkan.
5. Mempunyai talian internet untuk pengendalian P.O.S.
6. Susunatur (layout & planogram) mengikut garis panduan yang ditetapkan seperti di Lampiran 1.
7. Mempamerkan papan tanda mengikut spesifikasi KR1M seperti di Lampiran 2.
8. Menggunakan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
9. Waktu operasi perniagaan adalah bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari.
10. Mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa.
11. Kesediaan untuk beroperasi di mana-mana lokasi yang ditetapkan oleh Kerajaan.


TATACARA PERMOHONAN

Borang permohonan boleh didapati di Ibu Pejabat KPDNKK Putrajaya, Pejabat PDNKK Negeri dan Cawangan atau dimuat turun dari laman
sesawang Kementerian di www.kpdnkk.gov.my (Garis Panduan Pembukaan Dan OperasiBorang Permohonan)

Semua permohonan hendaklah dihantar kepada Ibu Pejabat KPDNKK Putrajaya / Pejabat PDNKK Negeri / Cawangan atau secara online.

   Alamat Ibu Pejabat KPDNKK adalah seperti berikut:
   Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
   Koperasi dan Kepenggunaan
   Delivery Management Office (DMO)
   Aras 5, Blok Menara, No.13, Persiaran Perdana, Presint 2
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
   62623 Putrajaya.
   Tel : 603-8882 6948/6253/6940
   Faks : 603-8882 6227
   Email : kr1m@kpdnkk.gov.my 

Alamat Pejabat PDNKK Negeri / Cawangan boleh didapati daripada laman sesawangwww.kpdnkk.gov.my


PERTIMBANGAN PERMOHONAN

Pertimbangan Jawatankuasa adalah berdasarkan kepada senarai semak dan kelayakan pemohon mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
(Senarai semak adalah seperti di Lampiran 4);


KEPUTUSAN PERMOHONAN

Surat makluman keputusan kepada pemohon akan dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari selepas keputusan dibuat oleh Jawatankuasa.

Pemohon yang berjaya akan diberi taklimat mengenai syarat-syarat operasi dan perlu menandatangani Surat Akujanji / Perjanjian.

No comments:

Post a Comment