Thursday 22 September 2011

Kisah Pengislaman Raja Melaka ?

Rahsia disebalik gambar ..................???


 

“…Setelah berapa lamanya baginda di atas kerajaan, maka baginda bermimpi pada suatu malam, berpandangan dengan keelokan Nabi Muhammad saw. Maka sabda Rasulullah saw pada Raja Kecil Besar: Ucap olehmu Asyhadu alla ilaha iLallah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah”.

Maka oleh Raja Kecil Besar seperti sabda Rasulullah saw itu dituruti. Maka sabda Rasulullah saw kepada Raja Kecil Besar: Adapun namamu Sultan Muhammad Syah. Esok hari apabila asar matahari, datanglah sebuah kapal dari Jeddah, turun orangnya sembahyang di pantai Melaka ini, hendaklah engkau ikut barang katanya.” Maka sembah Raja Kecil Besar: “Baiklah Tuanku, yang mana sabda junjungan itu tiada hamba lalui.” Maka Nabi SAW pun ghaib.
                             
Setelah hari siang, maka Raja Kecil Besar pun terkejut dari beradu. Maka dicium baginda tubuhnya bau narawastu dan dilihar baginda kalamnya pun seperti sudah dikhatankan. Pada hati Raja Kecil Besar: Bahawa mimpi aku ini Asyhadu alla ilaha iLallah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah”. Maka segala orang pu datanglah ke dalam istana baginda. Sekaliannya pun hairan mendengar disebut Raja itu. Maka kata Raja Perempuan,” Entah kena syaitankah Raja ini atau gilakah Raja ini gerangan? Baik segera memberitahu Bendahara.”

Maka dayang-dayang pun pergi memberitahu Bendahara. Maka Bendahara pun segera datang lalu masuk ke dalam istana. Maka dilihat Bendahara Raja tiada berhenti-henti daripada “La ilaha iLallah Muhammadar Rasulullah.” Maka kata Bendahara, “ Bahasa mana yang disebut Raja ini?” Titah Raja, “Semalam Beta mimpi berpandangan dengan keelokan junjungan Rasulullah SAW.” Maka segala mimpi baginda itu semuanya dikatakannya kepada Bendahara. Maka kata Bendahara, “Jikalau benar mimpi Raja itu apa alamatnya?” Maka titah Raja Kecil Besar, “Alamatnya kalam Beta dikhatankan orang iaitu tanda sah hamba bertemu dengan Rasulullah SAW dan sabda Rasulullah pada hamba, asar nanti akan datang sebuah kapal dari Jeddah, turun orangnya di pantai Melaka itu sembahyang, hendaklah turut olehmu barang katanya.” Maka kata Bendahara pun hairanlah melihat kalam bainda seperti dikhatankan orang. Maka kata Bendahara,”Jikalau sungguh datang kapal asar ini, benarlah mimpi Raja itu. Jikalau tiada, bahawa syaitanlah mengharu Raja ini.” Maka titah baginda,”benar seperti kata bapa hamba Bendahara itu.” Maka Bendahara pun kembali ke rumahnya.

Setelah hari pun asar, maka datanglah sebuah kapal dari Jeddah seta ia datang berlabuh. Maka turunlah Makhdum dari dalam kapal itu, Sayyid Abdul Aziz namanya, lalu ia sembahyang di pantai Melaka itu. Maka hairanlah segala orang Melaka melihat dia. Maka kata segala orang itu,” mengapa orang itu tonggang tonggek?Maka berebutlah orang melihat itu, sesak penuh tiada bersela lagi dan haru biru bunyinya sampai ke dalam. Maka Raja pun segeralah naik gajah lalu berangkat keluar diringkan oleh segala Orang Besar-Besar. Maka dilihat Raja kelakuan Makhdum sembahyang itu nyatalah seperti yang dalam mimpinya itu. Maka titah Raja kepada Bendahara dan pada segala Orang Besar-Besar,”Nyatalah demikian seperti dalam mimpi kita”.
                                                                                                                                                           
Setelah Makhdum itu sembahyang, maka Raja pun menderumkan gajahnya. Makhdum dibawa baginda naik gajah lalu dibawa baginda masuk kedalam negeri. Maka segala Orang-Orang Besar semuanya masuk Islam, sekelian isi negeri lelaki dan perempuan, tua muda, kecil besar sekalian masuk Islam dititahkan baginda. Maka Raja pun bergurulah pada Makhdum akan tertib sembahyang. Baginda digelarnya seperti sabda Nabi SAW – Sultan Muhammad Syah. Adapun Bendahara bergelar Seri Wak Raja, yakni bapa tua Raja kerana Bendahara itu ayag – yang salah tak menjadikan kepada baginda.”

Petikan Sejarah Melayu

No comments:

Post a Comment