Gangga Negara (Kurun-2 hingga Kurun-11)
Patung Buddha abad ke-6 (kiri) dijumpai di
Ipoh. Patung sami guru
Hindu abad ke-9 dijumpai di Jalong,
Perak.
Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam
Sejarah Melayu yang kini merangkumi
Beruas,
Dinding dan
Manjung yang pada masa kini terletak di
negeri Perak,
Malaysia serta Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja
Rajendra Chola I dari
Coromandel,
India Selatan di antara tahun
1025 dan
1026. Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu,
Hikayat Merong Mahawangsa yang juga dikenali sebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak
Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari
Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan
Iskandar Agung atau keluarga diraja
Khmer tidak lewat dari abad ke-2.
Jabatan Muzium Negara telah mengkaji kerajaan
Gangga Negara dari pelbagai sudut termasuk tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak.
Muzium Beruas ditugaskan untuk membuat penyelidikan dari sudut
arkeologi.
Kerajaan
Gangga Negara meliputi
Beruas dan
Dinding/
Manjung .
Artifak arca-arca
Buddha abad ke-5 dan ke-6
Masihi yang dijumpai di
Beruas menunjukkan kewujudan kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara ini berpusat di
Beruas.
Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara dibuka oleh Raja
Khmers dari
Kemboja.
Menurut kajian lain menyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat pada abad ke-2
Masihi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjong) di kawasan Selatan
Gunung Bubu (1657 meter ) arah timur
Bukit Segari di tepi
Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah.
Dengan menggunakan jumpaan artifak-artifak purba dan pengaliran cabang
Sungai Perak, kerajaan ini dipercayai pernah berpusat di
Pengkalan (
Ipoh ),
Lembah Kinta,
Tanjung Rambutan,
Bidor dan
Sungai Siput.
Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas tidak dapat dinafikan oleh penyelidik sejarah pada hari ini. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu kisah dongeng ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya dan Beruas khususnya.
Semua artifak dan gambar berkaitan dengan Beruas dipamerkan di
Muzium Beruas.
Gambar dari
Muzium Sejarah Nasional Kuala Lumpur. Patung gangsa abad ke-8 / 8 patung
Avalokitesvara Buddha berdiri bertangan 8 dijumpai di lombong bijih Anglo Oriental,
Bidor, Perak pada tahun 1936. Ketinggian 79 cm.
Gangga Negara bererti "bandar di Ganges" dalam
bahasa Sanskrit, nama yang dipetik dari
Ganganagar di barat laut India di mana penduduk
Kambuja tinggal. Kambuja merupakan puak Aryan India-Iran dalam keluarga India-Eropah, pada asalnya tempatan di Pamir dan Badakshan. Terkenal sebagai pedagang
Hindu, mereka membina koloni mereka di Asia Tenggara sekitar 2,000 tahun dahulu di lembah Mekong dan juga di
Kepulauan Melayu di
Funan,
Chenla,
Champa,
Khmer,
Angkor,
Langkasuka,
Sailendra,
Srivijaya, dll. Pakar sejarah mendapati pedagang Kambuja mengembara dari Gujarat ke Sri Lanka dan ke Ligor (Nakhon Sri Thammarat) di utara semenanjung Tanah Melayu, merentasi
Thailand dan
Kemboja.
Beruas
Penyelidikan pertama mengenai kerajaan Beruas dimulakan oleh Kolonel James Low pada tahun
1849 dan satu abad kemudian oleh HG Qlaritch-Males. Menurut Jabatan Antikuiti dan Muzium, kedua penyelidik bersetuju bahawa kerajaan Gangga Negara wujud tetapi tidak dapat menentukan dengan pasti tapaknya. Selama beberapa tahun, penduduk kampung telah membongkar artifak, termasuk nesan dengan tulisan yang menunjukkan bahawa Beruas mungkin merupakan titik mula penyebaran Islam di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan artifak, dipercayai semenjak kerajaan kuno, kini dipamerkan di Muzium Beruas bertarik semenjak
abad ke-5 dan
ke-6. Artifak yang dipamerkan termasuk meriam 128 kg, pedang, keris pitis, ketulan timah, tembikar dari kerajaan Dinasti Ming dan pelbagai era, dan
tempayan besar. Melalui artifak ini, ia telah dijangka bahawa
Pengkalan (
Ipoh),
Lembah Kinta,
Tanjung Rambutan,
Bidor dan
Sungai Siput merupakan sebahagian kerajaan Beruas. Artifak turut mencadangkan bahawa pusat kerajaan mungkin telah berpindah beberapa kali. Gangga Negara dinamakan menjadi Beruas selepas
Islam bertapak di sana.
Pokok Beruas
Beberapa batu nesan diraja Aceh turut ditemui di daerah Beruas dan ini mempunyai bukti kaitan dengan sumber sejarah bahawa putera raja dari
Aceh, Sumatra berehat di bawah pokok Beruas, namanya Malik. Sejarah
Pasai ada menyebut mengenai
Malik ul Salih yang merupakan raja Melayu Hindu tempatan pertama yang memeluk Islam pada tahun 1267. Kini pokok beruas telahpun pupus tetapi masih dapat dijumpai di perkampungan berhampiran di Pengkalan Baru dan Batang Kubu.