Friday 17 February 2012

كلنتن دار النعيم Kelantan Darul Naim

Kelantan Darul Naim Jawi: كلنتن دار النعيم


 Loghat Kelantan: Klatè atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand(lihat peta). Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

Flag of Malaysia.svg
Negeri-negeri di Malaysia
نڬري٢ د مليسيا
Negeri Kelantan Darul Naim
Al-Wilayah Kelantan Darul Naim
كلنتن دار النّعيم
Klate
Bendera KelantanLambang Kelantan
BenderaLambang
Cogan kataBerserah kepada Tuhan Kerajaan Kelantan
Lagu negeriSelamat Sultan
Lokasi Kelantan
Ibu negeri
(dan bandar diraja)
Kota Bharu
Parti memerintahPAS
 - SultanSultan Muhammad ke-V
 - Menteri BesarNik Abdul Aziz bin Nik Mat
Sejarah 
 - Penjajahan Siam1603 
 - Penjajahan Inggeris1909 
 - Penjajahan Jepun1942-1946 
 - Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu1948 
Keluasan
 - Jumlah14,922 km²
Populasi
 - Anggaran 20101,678,001
 - 2000 census1,313,014
 - Kepadatan112.45/km²
Kod panggilan kebangsaan09
Poskod kebangsaan15xxx to 18xxx
Huruf pertama plat kenderaanD
Laman sesawang:http://www.kelantan.gov.my/


Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%.
 
Geografi 
Kelantan Darul Naim terdiri daripada 10 jajahan iaitu :-
Bandar-bandar utama di negeri Kelantan termasuklah Kota Bharu (ibu negeri), Pasir Puteh, Pasir Mas,Tanah MerahKuala KraiJeliRantau Panjang dan Pangkalan Chepa.

Iklim

Negeri Kelantan mengalami iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu. Biasanya, hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau selama beberapa bulan. Bulan-bulan yang mengalami hujan yang paling kerap ialah bulan NovemberDisember dan Januari, iaitu pada musim tengkujuh. Suhu setiap hari dianggarkan lebih kurang 21 °C.

Sejarah


Bendera negeri Kelantan yang digunakan dari tahun 1912 hingga 1923. Sumber worldstatesmen[1]








Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun BungaTanjung PuraNegeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu.
Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman prasejarah. Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar FunanEmpayar KhmerSrivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar, rajaKelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pad akhir abad ke-15.
Pada 1499, Kelantan menjadi negeri vasal Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan TimurKelantan BaratLegeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764Long Yunus iaitu putera raja Kelantan Timur, anakLong Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi olehTerengganu.
Pada 1800Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19.
Di bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909Siam menyerahkan tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan Kelantan menjadi salah satu daripadaNegeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.
Kelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali kepada pemerintahan British.
Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.]

Kerajaan
Sultan Negeri Kelantan merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Di bawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan Negeri. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).
EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.  

Ekonomi 
Ekonomi Kelantan adalah berasaskan pertanian padigetah dan tembakau. Kegiatan menangkap ikan di persisiran pantai sepanjang 96-kilometer turut merupakan aktiviti ekonomi yang penting. Industri kecil-kecilan yang menggunakan kemahiran tradisi dalam penghasilan kraftangan seperti batik, ukiran kayu dan tenunan songket juga agak meluas. Selain itu, kegiatan pembalakan juga aktif kerana ia keluasan hutan Kelantan masih banyak. Beberapa tahun kebelakangan ini, pelancongan, terutamanya ke pulau-pulau makin popular.
Pasar Besar Siti Khadijah di pusat bandar Kota Bharu masih merupakan tarikan utama. Kebanyakan peniaga di sini adalah wanita dengan deria perniagaan bagus.Wanita di negeri kelantan adalah penggerak dalam ekonomi perniagaan.
Kelantan merupakan antara negeri termiskin di Malaysia, dengan KDNK per kapita sekitar RM6000, kira-kira satu pertiga negeri kaya seperti Selangor dan Pulau Pinang. Bagaimanapun, ramai penduduk Kelantan yang bekerja sendiri, dan data ini tidak termasuk dalam perkiraan KDNK.

Budaya

Kelantan merupakan negeri yang berjiran dengan wilayah-wilayah selatan Thailand yang dikenali dahulu sebagai Negeri Patani Darul Salam. Dari segi sejarahnya, Kelantan mempunyai hubungan sejarah yang sangat akrab dengan Kesultanan Melayu Patani yang didokongi oleh Kesultanan Melayu Islam. Di mana Kesultanan Melayu Kelantan mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Melayu Patani dan juga Kesultanan Melayu Negeri Champa. Setelah Kesultanan Melayu Patani dikhianati oleh Siam dan British maka ia telah demonisasi oleh Thailand. Negeri Patani telah dipecahkan kepada wilayah-wilayah kecil yang terdiri dari Yala(Jala), Narathiwat(Menara), Patani dan Songkla(Senggora).
Di bawah perjanjian British-siam pada tahun 1948 demografi pemerintahan selatan Siam telah dipisahkan. Kelantan di bawah Malaysia manakala negeri-negeri Patani di bawah Thailand.
Oleh yang demikian Kelantan mempunyai budaya yang unik yang sangat berkait rapat dengan budaya Negeri Patani. Asimilasi antara budaya Melayu, Siam dan Islam menghasilkan permainan rakyat seperti Dikir Barat, Main Puteri, Mak Yong dan seumpamanya. Mak Yong dipengaruhi oleh budaya Siam (Thailand), sementara Dikir Barat pula mempunyai unsur-unsur Islam. Main Puteri pula dikatakan diresapi oleh budaya Hindu.
Kelantan juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan tradisional Kelantan yang berkhasiat dikenali sebagaibudu.Budu salah satu makanan yang paling popular di negeri kelantan.Sekarang masyrakat makin mengenali budu dan semakin tahu khasiat budu.Di samping itu nasi kerabu juga popular di negeri kelantan , hanya masyarakat kelantan dapat menghasilkan nasi kerabu yang sedap.Terdapat macam-macam makanan yang sedap-sedap dinegeri kelantan.

Bahasa

Penduduk di Kelantan kebanyakan menggunakan bahasa Melayu Kelantan, bahasa ini merupakan loghat dari bahasa Melayu piawai. Bahasa ini berbeza dengan bahasa Melayu Terengganu tetapi digunakan sehingga di Besut dan SetiuTerengganu.

No comments:

Post a Comment